Tak sangka, dulu rasa 2020 tu jauh lagi, tiba-tiba dah 2023, dah hampir akhir tahun pun,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”
[Al-Asr : 1-2]
Macam-macam dah berlaku, macam-macam dah aku lalui, mak pon dah tak ada, penulisan aku pon dah jauh berubah, kenapa aku tiba-tiba update blog? Sebab ada seorang hamba Allah ni bagitahu kewujudan blog ni yang aku pun dah lupa.
Aku? Masih macam dulu, kadang gila, kadang gila-gila, cuma kurangi poyo dan tambahkan sedikit keikhlasan. Aku tengah berfikir bagaimana nak menulis sepenuh hati macam dulu tanpa merosakkan bahasa jiwa bangsa.
Rupanya seronok baca gaya pemikiran kita dulu-dulu, sebenarnya sekarang aku lebih suka bahasakan diri aku sis, sebab maklumlah sekarang dah makin matang, walaupun setiap tahun umur aku masih 19. Jadi aku rasa lebih seronok bahasakan diri aku sis sesuai dengan keadaan sekarang (?). Jadi jangan confuse siapa aku siapa sis.
Sis ni dari dulu penulisan memang macam islamik betul, tapi malu nak cakap, tak ada pun, cita-cita nak jadi baik tu ada, tapi penyakit ‘wahn’ tu tebal sangat, betul tak tipu. Bila jaga penulisan ni rasa macam tak berapa menarik sebab hati tu tak dicampakkan sepenuhnya dalam penulisan. Tapi ni practise dulu, nanti akan ada improvement. Campur-campur english & Bahasa boleh pula ya sis? Tak apa lah bagi la sis cheat sikit. Nak letak emoji juga, tapi tengok dulu, kita menulis basic-basic dulu.
Sejak mak tak ada, ‘tamparan’ paling besar dalam hidup, masa mula-mula tu rasa macam mimpi, tapi sis belajar erti redha, apa saja yang berlaku selepas tu, sis serahkan pada Allah, sebab sis sedar dunia ni sementara sahaja, sis pun tak kekal juga kat dunia ni, bila kita redha kita wat lek wat cool je dengan dugaan yang mendatang. Eh sis dah start merojakkan bahasa tu sis, tak apalah bagi sis cheat sikit. Ni kan trial. Lagi pun ni blog sis suka hati sis lah ahaahahahhahah, hmmmm akhirnya dapat sis tunjukkan perangai sebenar sis.
Oklah hampir pukul 4 pagi, nanti sis sambung lagi, nasiblah sekejap macam sopan santun anak melayu, sekejap macam wayar putus, assalamualaikum, cau cin cau.
No comments:
Post a Comment